Wednesday 15 May 2013

Demi melancarkan kelangsungan jamboree


Tahniah kepada warga kerja jamboree Sutama Cyclo yang bertungkus-lumus bagi memastikan persediaan dapat disempurnakan menjelang Ahad ini. Komitmen yang memang ngetop untuk para peserta jamboree nanti. Kami tidak menjanjikan kesempurnaan, tetapi berusaha memberikan yang terbaik.
Di bawah adalah beberapa keping gambar untuk gambaran awal pasai jamboree ini.



Kat sini kena hati-hati lebih masa downhill...bahaya tanggung sendiri!


Dah macam bengkel kayu la pulak.


Kerja membersihkan laluan single track daripada pokok tumbang.


Main nombor apa yang akan naik hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad...hehehe


Yang baju putih duk kat sofa tu memang tak dak kerja nak buat, sebab semua kerja disapu oleh petugas yang memang rajin.


Kali inilah!...kerja memasang kain rentang atas tebing. Kalau riders tak nampak gak, tak tau la nak kata apa.

No comments:

Post a Comment