Tuesday 26 February 2013

Profil Trek Jamboree


Bagi peminat, peserta dan yang belum mendaftar, berikut adalah keratan rentas trek jamboree. Mudah aje kan. Bagi pengayuh berpengalaman dan kuat, memang kacang la trek ini. Tapi jangan la anggap mudah ya, kerana kami menyediakan cabaran bagi memuaskan adrenalin para peserta.

Keseluruhan, trek ini agak mendatar, kecuali ada beberapa bukit (ala busut aje) untuk para peserta kerana kami mahu golongan pengaruh kategori permulaan dan tengah dapat menikmati trek yang kami sediakan.

Bahagian pertama profil di bawah merupakan bahagian mudah, maka peserta boleh la memecut laju, tetapi hati-hati ya, jangan dianggap mudah bermakna tidak ada cabaran menanti, tetapi kalau nak tahu, masuklah jadi peserta. Kalau tidak berpeluh tu memang bidaah la...hehehhh.



Bahagian yang ini pula..hemmm, ada la bukit sedikit dan laluan trek tunggal. Bolehlah dikatakan bahagian ni bagi sedikit cabaran, dengan bukitnya yang tidak beberapa tinggi, tapi memadailah untuk merasa semput untuk sampai ke puncak.


Apa pun, nak citer pun tak guna kan. Yang penting, mai seertailah jamboree ini, untuk kesihatan, keseronokan, keterujaan dan kecintaan. Selamat berjamboree.