Wednesday, 10 July 2013
Wednesday, 15 May 2013
Demi melancarkan kelangsungan jamboree
Tahniah kepada warga kerja jamboree Sutama Cyclo yang bertungkus-lumus bagi memastikan persediaan dapat disempurnakan menjelang Ahad ini. Komitmen yang memang ngetop untuk para peserta jamboree nanti. Kami tidak menjanjikan kesempurnaan, tetapi berusaha memberikan yang terbaik.
Di bawah adalah beberapa keping gambar untuk gambaran awal pasai jamboree ini.
Kat sini kena hati-hati lebih masa downhill...bahaya tanggung sendiri!
Dah macam bengkel kayu la pulak.
Kerja membersihkan laluan single track daripada pokok tumbang.
Main nombor apa yang akan naik hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad...hehehe
Yang baju putih duk kat sofa tu memang tak dak kerja nak buat, sebab semua kerja disapu oleh petugas yang memang rajin.
Kali inilah!...kerja memasang kain rentang atas tebing. Kalau riders tak nampak gak, tak tau la nak kata apa.
Penaja Terbaru...
Tu dia yang terbaru masuk dalam senarai penaja jamboree. Apapun, terima kasih atas sumbangan mereka bagi memastikan jamboree anjuran Sutama Cyclo ini sukses. Terima kasihhhh
Ni aturcara majlis jamboree
Sekadar untuk panduan sahaja pada hari kejadiannya, Ahad ini. Flag Off pukul 8 pagi, tetapi hendaklah berada di kawasan pelepasan tu awal-awal la ya lepas subuh. Kawasannya, SU Mall. Jangan risau, tak sesat kalau nak cari tempatnya. Asalkan dah sampai Bandar Saujana Utama, pastikan akan jumpa tapak jamboree basikal ini. Cuma kawasannya tak la beberapa luas, tetapi kenderaan peserta boleh la letak di kawasan sekitarnya. Ada banyak tempat letak kereta.
Tuesday, 14 May 2013
Set TV untuk Peserta Bertuah
Best, kan. Kayuh gerek ada peluang dapat set televisyen. Tapi jangan salah paham ya. Bukan kayuh, tapi ini cabutan bertuah. Kalau yang terlebih laju masa kayuh tu dapatlah habuan RM. Lumayan, memang lumayan. Agaknya, sebab tu ada yang dok tanya, boleh tak nak join jamboree ini. Ok, kita citer pasal tv sebab awal-awal dulu, kami dah propa ada hadiah set tv untuk pengayuh bertuah nombornya. Jadi, kat sini kami dan tunjuk la set tv yang dah dapat seperti yang diberikan oleh penaja. Apapun, terlebih dulu diucapkan terima kasih kepada penaja, juga penaja-penaja lain yang bermurah hati.
Nak nengok set tv, ini la:
Monday, 13 May 2013
Amati dan Patuhi Tanda-Tanda Jalan..semoga selamat kayuhan
Penganjur tahu ahli-ahli basikal gunung ni apabila duk atas gerek memang selalu tak ingat dunia. Jadi sebelum berjamboree pada 19 Mei, sayugia diingatkan supaya para peserta sentiasa menjaga keselamatan diri dan juga peserta lain. Lantaran itu, para riderz sekalian diharap mematuhi tanda-tanda arahan, juga arahan petugas di sepanjang trek. Berkayuh biar seronok, jangan terpelosok dan cedera, sebab kita nak berbasikal bukan untuk sehari, kan.
Ini ada sedikit papan tanda arahan untuk panduan. Ada papan tanda yang lain tu, tengok-tengok la sendiri ya. Nahas jangan dicari....hehehhhh
Papan tanda ini penting sebab ia memberi tau bagaimana keadaan trek di depan, misalnya, laluan yang agak curam dan tidak rata, mungkin mengundang padah jika tidak berhati-hati. kalau skil baik punya, tak apa, boleh lenjan je gerek tu...;-)
Oh, ya kalau terjumpa tanda jalan macam Bukit Naim, Bukit penat, Bukit Babi, Bukit Nangka atau seumpamanya, bajet-bajet la ye tenaga dan kayuhan. takut ada yg pitam masa pendakian. Kalau tak percaya, tanya empunya nama bukit..errr...bukit Naim. Dia tau la penangannya.
Kepada pengayuh kaki curik ayam, Chicken Loop tersedia untuk anda. Kalau jumpa tanda Chicken Loop, maknanya anda dapat fast track ke garisan penamat. tapi anda dikategorikan tak abis kayuhan la!
Rasanya, tanda jalan Chicken Loop jadi tarikan ramai peserta nanti..tak percaya tunggulah kalau dah kena penangan bukit nangka dan bukit babi...hehehe.
Trek dan Profil-yang terkini dan sudah disahkan oleh mereka yang pakar
Sudah disahkan laluan jamboree yang bakal mengujakan dan mengejutkan para peserta jamboree yang bakal berlangsung dalam beberapa hari. Cuma ingatan daripada penganjur, keghairahan berbasikal gunung tu, kenalah berhati-hati pada tempat tertentu untuk mengelak kecelakaan. Perhatikan tempat-tempat penting seperti check point dan feeding. Tak lupa juga lubang ayam bagi yang rasa tak larat nak habiskan kayuhan.
Apapun, jumpa anda semua pada hari dan masanya nanti, Ahad ini.
Sori la, kecik skit. Boleh pakai kanta kalau nak bagi nampak..ahaksss
Subscribe to:
Posts (Atom)